'OPENING LIGHT PERFORMANCE - GRAND LAUNCHING & ISLAMIC FASHION SHOW MUNAWWAREEN'

'OPENING LIGHT PERFORMANCE - GRAND LAUNCHING & ISLAMIC FASHION SHOW MUNAWWAREEN'
01:47 Mar 30
'FULL VIDEO of Grand Launching & Islamic Fashion Show \"Sempurnakan Hijrah Cinta Munawwareen\" 2022 | 29 September 2022   Kuala Lumpur, 29 September 2022 – Bertemakan ‘Sempurnakan Hijrah Cinta’, jenama fesyen Muslimah tempatan, Munawwareen menganjurkan pertunjukan fesyen penuh gilang-gemilang hari ini. Sejak dilancarkan pada 2020, majlis ini merupakan ‘salam perkenalan’ rasmi kepada umum selepas dunia dilanda pandemik COVID-19 selama hampir dua tahun.  Sebanyak 21 rekaan dengan jumlah 36 pakaian dipentaskan pada majlis yang dihadiri lebih 300 tetamu itu. Kesemua rekaan adalah koleksi Munawwareen yang akan dilancarkan secara berperingkat bermula Oktober 2022 sehingga Mac 2023.  “Tujuan pertunjukan fesyen ini diadakan adalah bagi meraikan perjalanan baharu Munawwareen kepada semua. Walaupun telah dua tahun beroperasi, tetapi akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia, banyak perkara terpaksa ditangguhkan. Selepas membuat penstrukturan semula, ini adalah waktu terbaik untuk melaksanakan kembali perancangan yang telah dibuat.  “Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, biarpun perjalanan Munawwareen ini tertangguh sementara, saya yakin perancangan yang dikemaskini ini adalah lebih baik,” ujar pengasas dan Pengarah Urusan Munawwareen Holdings Sdn. Bhd., Datin Hajah Aliza Abu Bakar.  Tambah Datin Hajah Aliza ketika ditemui pada majlis yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur itu, kesemua pakaian yang dipersembahkan melambangkan transisi baharu Munawwareen untuk tempoh enam bulan akan datang. Koleksi pakaian wanita (Hawa) terdiri daripada telekung, jubah, abaya dan kelengkapan solat, manakala koleksi pakaian lelaki (Rijal) menampilkan jubah dan kurta.  Mengutamakan pakaian patuh Syariah, asas setiap rekaan Munawwareen adalah memelihara aurat wanita dengan sempurna. Justeru, variasi pakaian jenama ini direka dengan potongan longgar dengan pemilihan fabrik yang tidak menampakkan bentuk badan pemakai.  “Terdapat banyak pakaian Muslimah yang dipasarkan tetapi konsep ‘Muslimah sejati’ itu tidak sepenuhnya dipraktikkan. Munawwareen mahu dikenali dengan identiti fesyen Islamik yang berusaha mengikuti landasan Syariah. Sekarang kita dapat lihat lebih ramai wanita bijak berfesyen meskipun menutup aurat dengan sempurna. Jadi Munawwareen ingin menjadi sebahagian daripada gerakan fesyen Islamik yang sentiasa menampilkan rekaan-rekaan segar serta mengikut arus semasa tanpa mengetepikan kewajipan memelihara aurat,” jelas Datin Hajah Aliza.  Pertunjukan fesyen tersebut dipecahkan kepada empat segmen; Hawa 1 (koleksi telekung), Hawa 2 (koleksi jubah dan abaya), Rijal (jubah dan kurta lelaki) dan Hawa 3 (koleksi jubah dan dres eksklusif). Lilitan tudung koleksi Munawwareen turut diserikan dengan aksesori pin dan kerongsang serta butang baju Melayu berasaskan kristal tulen Austria tajaan Wirdora. Selain itu, iklan TV (TVC) rasmi Munawwareen turut dilancarkan serentak dengan tayangan di saluran TV3.  Pada pertunjukan fesyen itu, Munawwareen turut melancarkan lagu rasmi jenamanya berjudul Munawwareen yang didendangkan oleh pemenang Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita), Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23), Ernie Zakri. Ernie muncul dalam persalinan eksklusif rekaan Munawwareen dan menyampaikan lagu ciptaan sepenuhnya Hafiz Hamidun secara langsung buat kali pertama.  Berbeza dengan pendekatan jenama lain yang mengetengahkan lagu jenama atau jingle dengan lirik berbentuk promosi secara langsung, lagu Munawwareen mengutamakan penceritaan nilai-nilai Munawwareen secara ‘soft sell’. Komposer dan penulis lirik lagu Munawwareen, Hafiz Hamidun menyatakan, konsep lagu tersebut mengetengahkan elemen Timur Tengah dan pop. Ditambah dengan penyampaian dan penghayatan Ernie meletakkan lagu ini dalam kelas yang tersendiri.  Syamel dan Tomok turut menghiburkan hadirin pada majlis tersebut. Tomok menyampaikan dua buah lagu; Bidadariku dan Dealova. Persembahan penutup diawali dengan Syamel mendendangkan lagu Maafkanlah. Kemuncaknya apabila aktres dan supermodel prolifik tanah air, Nasha Aziz melangkah anggun di pentas peragaan dibaluti dres jubah berona hijau zamrud sebagai pelengkap pertunjukan fesyen itu. Penyempurna majlis tersebut disudahkan oleh Ernie dengan lagu Gundah yang kemudiannya berduet bersama suaminya, Syamel menyampaikan lagu Aku Cinta.  Antara koleksi yang dipentaskan telah mula dipasarkan dan boleh didapati di laman web rasmi di www.munawwareen.com.my atau Shopee Munawwareen, Munawwareen HQ. Menjelang pertengahan Oktober 2022, orang ramai juga boleh membuat pembelian di butik Munawwareen yang akan membuka pintu secara rasmi di Putrajaya.' 
See also:

comments

Characters